Saturday 14 May 2016

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS 2016

Badan Disiplin dan Pengawas dan Bimbingan Kaunseling serta kerjasama guru-guru SK Paka II telah berjaya mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas 2016 selama 3 hari 2 malam mulai 12 hb Mei hingga 14 Mei 2016 bertempat di Duta Ria Beach Resort Gong Balai Marang, terengganu. Ini merupakan kali kedua kem seumpama ini dilaksanakan di luar persekitaran sekolah, Kem kali ini agak menarik kerana dipenuhi dengan aktiviti mencabar fizikal, minda dan kerohanian. Gabungan ketiga-tiga unsur ini diharapkan dapat memantapkan lagi daya kepimpinan pengawas di sekolah ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat

Gambar-gambar di sekitar kem


Monday 25 January 2016

Majlis Penyerahan watikah pelantikan pengawas 2016

Pada 19 Januari 2016 hari selasa telah disempurnakan majlis pelantikan pengawas yang bakal memikul tugas sepanjang tahun 2016. Kumpulan pengawas berkenaan terdiri daripada Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas Kantin dan Pembimbing Rakan Sebaya. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah Balai Polis Paka, Kopral Aziz Bin Manap.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang menjayakan majlis itu.

Pengawas Disiplin Sekolah

Pengawas Pusat Sumber Sekolah

Pengawas Kantin Sekolah
 
Pembimbing Rakan Sebaya
 

Monday 16 November 2015

Jamuan Akhir Tahun 2015

Pada 15 Nov diadakan satu jamuan ringkas akhir tahun 2015 bagi meraikan murid-murid pengawas tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah mulai 2016 ke sekolah menengah. majlis ini dihadhiri antara lain oleh tuan GB, PK Hem, Guru bimbingan, Guru disiplin, Guru Penyelaras Pengawas, AJK Badan Disiplin Dan Pengawas Sekolah.




Thursday 15 October 2015

Pertandingan innovasi Program Amalan Terbaik Disiplin

Pada 15 Okt 2015, pasukan disiplin SK Paka II telah mengambil bahagian dalam pertandingan Amalan Disiplin Terbaik (AT04) yang dianjurkan oleh KPM diperingkat pemilihan wakil JPNT ke peringkat kebangsaan di Putra Jaya pada 19 Okt 2015. Pembentangan disempurnakan oleh GDS En Mohd Amran Mat Yasin dengan dibantu oleh En Mohd Nor Bin Yusof. SK Paka II berjaya mendapat tempat kedua daripada enam sekolah yang mewakili seluruh daerah di negeri Terengganu.


Wednesday 22 April 2015

KEMPEN " HINDARI SAMPAH, CERIAKAN SEKOLAH "

Pada 19 April 2015, bertempat didataran perhimpunan SK Paka II, telah dilancarkan satu kempen kebersihan sekolah dengan slogan " Hindari sampah, ceriakan sekolah " dengan kerjasama Badan Disiplin Dan Pengawas, Unit Bimbingan dan Unit 3K. Objektif kempen ini bagi menangani masalah sampah sarap yang kian tidak terkawal disebabkan aktiviti dan sikap murid-murid yang tidak menghiraukan nilai kebersihan dan keceriaan sekolah. Warga sekolah berharap agar dapat wujudkan suasana yang lebih ceria dan kondusif bermula hari pertama pelancaran.




Sunday 8 March 2015

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas 2015

Majlis ini berlangsung pada hari Ahad, jam 7.30 pagi 8 Mac 2015 di Dataran Perhimpunan, telah disempurnakan oleh Ketua Balai, Balai Polis Paka dan Pegawai Perhubungan Sekolah. Seramai 70 orang pengawas telah menerima sijil perlantikan masing-masing pada majlis tersebut.

Gambar : Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2015






Saturday 7 March 2015

Kursus Pendek Kepimpinan Pengawas 2015

Pada 7 Mac 2015, hari sabtu telah berlangsung satu kursus kepimpinan bagi pengawas-pengawas sekolah ini mulai jam 7.30 pagi dan berakhir pada 1.30 tengah hari. Pelbagai aktiviti diadakan bagi melengkapkan diri pengawas disiplin sekolah dan pembimbing rakan sebaya dalam menjalani rutin tugas seharian agar lebih berkeyakinan dan berkesan. Ucapan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Nor Bin Yusoff selaku Penyelaras Badan Pengawas sekolah dan ajk yang berusaha menjayakan kursus ini. Terima kasih juga kepada Puan Hasina Binti Mat Lazim selaku guru bimbangan kaunseling yang juga penganjur bersama bagi kursus ini.

Gambar : Disekitar perjalanan Kursus Pendek Kepimpinan Pengawas Sk Paka II 2015